SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan FA R16 | Selangor FC v Negeri Sembilan FC | Perjalanan Piala FA Kini Bermula

Jun 15, 2024 - FAS

Selangor FC meneruskan perjuangan, selepas memberi laluan kepada jadual FIFA antarabangsa, menentang Negeri Sembilan FC dalam saingan Piala FA 2024/25 hari ini jam 5:30 petang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Ini merupakan pertemuan ke-107 di antara #SFCNSE. Skuad Merah Kuning telah memenangi 65 perlawanan dan 19 kali seri. Selain itu, 269 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir skuad Gergasi Merah menentang The Jang adalah dalam saingan Liga Super yang berakhir dengan keputusan 4-0.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, mengharapkan peluang yang diberikan dimanfaatkan dengan sikap dan mentaliti yang baik, “Sejujurnya kita berpuas hati kerana saya akhirnya dapat memberikan minit permainan kepada hampir semua pemain yang tidak dapat beraksi sebelum ini dalam kejohanan di Jakarta sepanjang jadual FIFA antarabangsa berlangsung. Saya yakin Piala FA mempunyai aura yang berbeza kerana cabaran yang berlainan, begitu juga pasukan kami, akan hadir dengan sikap dan mentaliti yang terbaik seperti sebelum ini. Tidak banyak perubahan yang akan berlaku tetapi saya berharap sesiapa sahaja yang tersenarai akan berikan persembahan yang terbaik pada petang ini. Saya berharap ada keputusan positif untuk Selangor FC,” semangat beliau.

Bagi keberadaan pemain, Izwan Yuslan dan Reziq Banihani, penyerang import baharu Gergasi Merah tidak dapat bersama pasukan menentang Negeri Sembilan FC pada petang ini atas faktor kecederaan yang dialami mereka.

Saingan Piala FA 2024/25 pusingan 16 ini bakal berlangsung dengan satu perlawanan sahaja, manakala peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir bakal dijalankan secara timbal balik. Pemenang perlawanan pada petang ini akan bertemu Kuching City FC dalam peringkat Suku Akhir. 

Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan untuk layak ke pusingan seterusnya. Ayuh Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!